English Malay

Diploma

PROGRAM DIPLOMA LEPASAN IJAZAH (DPLI)

Latar belakang

Program DPLI ini bertujuan menyediakan latihan lanjutan kepadagraduan ijazah sarjana muda dalam bidang-bidang tertentu bagimembolehkan mereka menjadi guru dalam bidang-bidang berkaitan. menampung keperluan guru khususnya dalam bidang kritikal yang diperlukan oleh negara. Calon pelajar yang mengikuti program ini terdiri dari pemegang ijazah sarjana muda

Program DPLI ini menggunakan struktur kurikulum Diploma Pendidikan yang diselaraskan di peringkat Majlis Dekan Fakulti Pendidikan (MEDC) dan KPM. Tempoh pengajian ialah selama 3 semester (18 bulan), iaitu pada semester yang ketiga pelajar dikehendaki menjalani latihan mengajar (8 jam kredit) selama 16 minggu

Syarat kemasukan

Pelajar-pelajar yang memohon program DPLI disyaratkan mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda. Selain itu, syarat tambahan pemilihan pelajar program DPLI adalah berasaskan kelayakan ujian khas (MedSI) dan temuduga. Berikut adalah syarat-syarat kemasukan:

  • Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian daripada university-unversiti yang diiktiraf dengan pencapaian CGPA 2.75 dan ke atas ; ATAU
  • Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 2.50 beserta pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UUM.

Struktur program

Struktur program terdiri daripada lima komponen utama berikut:

BIL. KATEGORI KURSUS JAM KREDIT %
1 Ikhtisas Pendidikan 17 42.5
2 Kaedah Mengajar 4 10.0
3 Pengajaran Mikro 2 5.0
4 Tumpuan Kedua 9 22.5
5 Latihan Mengajar 8 20.0
  JUMLAH 40 100.0

 

 

 

*** Selain mengikuti kursus yang disenaraikan dalam kurikulum, pelajar akan mengikuti aktiviti bina insan