English Malay
12 January 2017

Testimoni

Mohamad Adnan Mohamad Kasim
SEML Graduate
2

" Pengalaman yang terbaik mengikuti program Sarjana Pengurusan Pendidikan dan dapat diaplikasikan dalam kerjaya saya sehingga saya meneruskan pembelajaran sekarang di peringkat PhD Pengurusan Pendidikan, terima kasih UUM. Terus berjaya! "

 

Juliana
SEML Graduate
3

" Saya sangat gembira kerana telah membuat keputusan yang tepat dengan memilih UUM sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran kerana pengurusan universiti yang bijak menyusun program pengajian yang sesuai dan selaras dengan kehendak dunia pendidikan masa kini. Ilmu yang saya perolehi dapat saya aplikasikan dalam dunia pekerjaan saya sebagai guru. Saya sangat menghargai jasa baik dan ilmu yang dicurahkan oleh para pensyarah dan professor yang sangat dedikasi dan komited dalam menyampaikan ilmu mereka. Terima kasih UUM."

 

Awanis
SEML Graduate
4

"Saya memilih UUM sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran kerana peluang yang lebih luas diberikan kepada mereka yang berminat untuk belajar di peringkat yang lebih tinggi. Dengan adanya cawangan di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah yang tidak terhad kepada kampus induk sahaja membolehkan pelajar yang terikat dengan komitmen lain seperti pekerjaan contohnya guru masih berpeluang meningkatkan professionalism dalam bidang masing- masing di UUM. Saya dapat belajar dengan tenang tanpa perlu memikirkan bagaimana cara untuk berkunjung ke kampus induk. Saya hanya perlu ke kampus cawangan pada hujung minggu dan ini tidak mengganggu kerja saya sebagai seorang guru di sekolah. Terima kasih UUM kerana memudahkan urusan pengajian kami."